RTX 3060 Ti.
RTX 3060 Ti.
Oleh Muhammad Saufi Hassan

 

ASUS melancarkan kad grafik generasi baharu keluaran Nvidia GeForce siri RTX Ampere iaitu RTX 3060 Ti dengan tanda harga kompetatif termasuk penawaran keupayaan yang mengagumkan.

  Ia menerusi tiga segmen produk keluaran ASUS iaitu versi premium Republic of Gamers (ROG) Strix, TUF dan ASUS Dual.

  Kad grafik baharu siri RTX Ampere 3000 berkenaan sesuai untuk resolusi permainan 1080p dan 1440p serta dilengkapi dengan teknologi kesan grafik baharu iaitu Ray Tracing masa nytata.

  Siri berkenaan adalah versi yang dipertingkatkan bagi kesan grafik Nvidia 'Deep Learning Super Sampling' (DLSS) sekali gus menawarkan kesan yang lebih baik berbanding generasi terdahulu.

  Bagi kad grafik ASUS ROG RTX 3060 Ti, ia adalah kelas premium yang menawarkan keupayaan prestasi paling optimum di samping nilai kosmetik perkakas berkenaan.

  Versi ROG Strix ini dilengkapi dengan tiga kipas penyejuk sebanyak 13 bilah bagi kuasa penyejukan optimum dan memastikan suhu kad pada tahap terbaik ketika prestasi penuh (full load).

  Kad ini juga dilengkapi dengan 'Super Alloy Power II' termasuk plat belakang untuk membantu penyebaran haba serta penyejukan yang lebih baik.

  Untuk versi ASUS Dual pula, ia didatangkan dua kipas dan versi ini didatangkan dengan variasi iaitu Dual dan Dual Mini untuk pilihan pengguna.

  Tanda harga bagi ASUS ROG Strix RTX 3060 Ti adalah RM2,649, TUF RTX 3060 Ti (RM2,499) dan ASUS Dual RTX 3060 Ti (RM2,299) dengan jaminan empat tahun ketika pembelian.

  

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Disember 2020 @ 11:53 PM