MULAI 1 Januari 2020 Facebook mengenakan SST terhadap pengiklanan. FOTO AFP
MULAI 1 Januari 2020 Facebook mengenakan SST terhadap pengiklanan. FOTO AFP
Muhammad Saufi Hassan

FACEBOOK mengumumkan mereka akan mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak enam peratus bermula tahun depan.

Berdasarkan notis pengebilan cukai yang dimuat naik oleh Facebook menyatakan bahawa ia membabitkan pengiklan yang mempunyai alamat di negara ini.

Pelaksanaan caj cukai berkenaan akan berkuatkuasa bermula 1 Januari 2020 dan ia sejajar dengan pengenalan cukai digital yang diumumkan baru-baru ini.

Cukai perkhidmatan ini ditambah untuk setiap kali pengguna dicaj bagi iklan yang dimuat naik dan ia tidak mengambil kira sama ada iklan itu dibeli menerusi Facebook atau tujuan perniagaan atau peribadi.

Pembayaran cukai kepada Facebook dibuat melalui kaedah manual dan cukai akan dikenakan apabila akaun iklan dibiayai.

Contohnya, jika pengguna dikenakan caj sebanyak USD100 baru-baru ini kerana anda sudah mencapai ambang pengebilan untuk jumlah berkenaan.

Sub jumlah bagi caj berkenaan ialah USD100 bagi kos iklan dan kemudian tambahan enam peratus cukai perkhidmatan akan dimasukkan maka jumlah yang perlu dibayar adalah USD106.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Disember 2019 @ 5:51 PM