Muhammad Saufi Hassan

Pembangun aplikasi App Store menjana lebih RM4.4 trilion (USD1.1 trilion) dalam jumlah bil serta jualan membabitkan ekosistem platform berkenaan sepanjang tahun lalu.

  Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh syarikat gergasi teknologi, Apple memaklumkan bahawa lebih daripada 90 peratus pengebilan dan jualan terakru kepada pembangun tanpa sebarang komisen dibayar kepada syarikat itu.

  Kajian baharu menggariskan kekuatan serta daya tahan ekosistem gedung aplikasi milik Apple berkenaan iaitu, App Store dengan pengebilan serta jualan oleh App Store berkembang 29 peratus tahun demi tahun.

  Pembangun di App Store mempunyai lebih banyak cara berbanding sebelum ini untuk menjana aplikasi mereka dan membina perniagaan yang berjaya. 

  Pakar ekonomi daripada Kumpulan Analisis menganggarkan bahawa tahun lalu, pembangun App Store menjana kira-kira RM4 trilion dalam jumlah bil dan jualan daripada penjualan barangan serta perkhidmatan fizikal, lebih RM400 bilion daripada pengiklanan dalam aplikasi serta barangan dan perkhidmatan digital.

  Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook berkata, kejayaan berkenaan adalah daripada komuniti pembangun luar biasa di seluruh dunia.

  "Seperti yang ditunjukkan oleh laporan ini, App Store ialah pasaran yang bertenaga dan inovatif di mana peluang berkembang pesat dan kami komited seperti biasa untuk melabur dalam kejayaan pembangun dan masa depan ekonomi aplikasi," katanya.

  Pada masa sama, bil dan jualan pemaju meningkat sebanyak 27 peratus antara 2019 dan 2020; 27 peratus antara 2020 dan 2021 dan 29 peratus antara 2021 dan 2022. 

  Pembangun kecil turut mencipta kejayaan luar biasa di App Store, malah mengatasi pembangun yang lebih besar dengan meningkatkan hasil mereka sebanyak 71 peratus antara 2020 dan 2022. 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Jun 2023 @ 4:37 PM