FACEBOOK bakal menikmati bilik audio.
FACEBOOK bakal menikmati bilik audio.
Muhammad Saufi Hassan


PENGGUNA laman sosial paling popular, Facebook (FB) bakal menikmati perkhidmatan berasaskan audio mirip Clubhouse dan Twitter Spaces tidak lama lagi.

Menerusi perkhidmatan yang dikenali sebagai 'Live Audio Rooms' dan ciri berkenaan sudah diperlihatkan sejak minggu lalu.

Buat masa ini, perkhidmatan itu boleh dinikmati oleh pengguna laman sosial di Amerika Syarikat (AS) dan hanya individu mempunyai 'tanda biru' saja dibenarkan membuka bilik audio sendiri.

Perkhidmatan Live Audio Rooms itu menyokong bual bicara secara audio dengan jumlah ahli untuk satu-satu bilik audio adalah 50 orang manakala untuk pendengar tiada had.

Facebook dijangka akan menambahbaik perkhidmatan berkenaan termasuk memperluaskan lagi di seluruh negara terutamanya di Asia yang mempunyai antara jumlah akaun laman sosial tertinggi.

Fungsi bilik audio ini semakin popular selepas Clubhouse serta Twitter Spaces memperkenalkan ciri berkenaan dan kini Facebook mula memperkenalkan perkhidmatan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Jun 2021 @ 9:13 PM