PERMAINAN Remnant: From The Ashes menampilkan konsep permainan survival menentang makhluk daripada dimensi lain.
PERMAINAN Remnant: From The Ashes menampilkan konsep permainan survival menentang makhluk daripada dimensi lain.
Muhammad Saufi Hassan


ANDA gemar bermain dalam mod ‘survival’ dan berperang dengan makhluk daripada dunia lain serta terus kekal bertahan dengan pelbagai tahap kesukaran sepanjang permainan?

Untuk itu, penulis mencadangkan supaya anda mencuba permainan terbaharu iaitu Remnant: From The Ashes yang menawarkan latar permainan ‘apokalips’.

Permainan ini dibangunkan oleh Gunfire Games diterbitkan Perfect World Entertainment dan ia adalah permainan yang menonjolkan mod survival dalam mengharungi dunia yang semakin sampai ke penghujungnya.

Secara teknikalnya, permainan ini menggunakan mekanisma bermainan pandangan penembak ketiga iaitu pemain dapat melihat karakter pilihan sepanjang permainan.

Objektif permainan ini adalah untuk bertahan walaupun berdepan dengan ancaman makhluk yang datang daripada dimensi berbeza dengan manusia.

Pemain juga antara hidupan manusia yang masih berbaki selepas tragedi apokalips dan bersama beberapa pemain lain menempuh pelbagai cabaran sepanjang permainan.

Pemain juga mampu mengumpul pelbagai barangan untuk mencipta senjata baharu berdasarkan kepada kemahiran masing-masing.

Judul ini dilancarkan menerusi tiga platform utama iaitu PlayStation 4, XBOX One dan Microsoft Windows bermula Selasa lalu.

Menyentuh aspek permainan pula, pemain boleh memilih tiga kelas utama yang akan mempengaruhi perkembangan watak pemain.

Pembangunan permainan ini menyatakan setiap pemain tidak akan melalui plot atau jalan cerita yang sama kerana ia bergantung kepada cara pemain bermain dan keputusan yang diambil sepanjang permainan itu.

Secara asasnya, pemain boleh memilih kelas Hunter, Ex-Cultist dan Scrapper.

Ketiga-tiga kelas berkenaan mempunyai keupayaan yang berbeza bergantung kepada gaya permainan yang disukai pemain.

Bagi kelas Hunter, ia mempunyai kelebihan untuk pertempuran jarak jauh dan dilengkapi dengan raifal pemburuan yang persis seperti penembak jarak jauh (sniper).

Karakter kelas ini juga mempunyai pistol pengulangan dan pedang jika pemain memilih untuk berte

mpur jarak dekat.

Ex-Cultist pula mempunyai keupayaan khusus dalam pertempuran jarak sederhana dan bertugas sebagai anggota sokongan kepada pasukan.

Kelas ini akan dilengkapi dengan senjata dikenali ‘coachgun’ dan kelas ini mampu memberikan nilai kerosakan yang tinggi selain mampu memberi poin kesihatan kepada pemain lain.

Terakhir, kelas Scrapper dan ia sangat sesuai untuk pemain yang lebih gemar berdepan dengan musuh dalam jarak dekat menggunakan senjata pedang atau pisau.

Kelas ini dilengkapi dengan senapang patah yang menghasilkan poin kerosakan yang sangat tinggi berbanding dua kelas yang lain.

Secara keseluruhannya, permainan ini sangat baik dan unik kerana menampilkan aspek permainan yang berbeza kerana pemain perlu bersama-sama dengan pemain lain mengharungi cabaran dalam dunia fantasi Remnants: From The Ashes.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Ogos 2019 @ 1:31 PM