GAMBAR yang didakwa pelindung skrin Huawei Mate 30 Pro.
GAMBAR yang didakwa pelindung skrin Huawei Mate 30 Pro.
Muhammad Saufi Hassan


HUAWEI Mate 30 Pro dikatakan bakal menampilkan tetapan kamera ‘Quad’ iaitu empat atau lima lensa di bahagian belakang yang disusun secara menegak.

Walaupun peranti kelas perdana itu belum dilancarkan, beberapa laman web mendakwa menerima beberapa imej pelindung telefon berkenaan.

Berdasarkan imej berkenaan, pelindung telefon pintar itu mempunyai susunan kamera menegak dan bakal menampilkan empat lensa berlainan fungsi.

Difahamkan, Huawei akan melancarkan peranti itu pada suku keempat tahun ini namun tiada garis masa khusus ditetapkan.

Laman web berkenaan melaporkan, beberapa imej pelindung telefon pintar itu diperoleh daripada bahagian pembuatan Huawei.

Tidak dapat dipastikan sama ada Huawei Mate 30 Pro bakal menggunakan tetapan lensa ‘Quad’ ataupun lebih daripada bilangan berkenaan.

Berkemungkinan peranti berkenaan akan menggunakan pemproses Kirin 985 dengan sokongan rangkaian 5G dan skrin paparan jenis AMOLED.

Jika dibandingkan dengan Huawei P30 Pro, kamera utama mampu menyokong 50 kali pembesaran digital dan lima kali pembesaran optik.

Spesifikasi Huawei Mate 30 Pro juga bakal menampilkan padanan perkakasan terkini berbanding Huawei P30 Pro terutama fungsi kamera.

Huawei Mate 20 Pro dilancarkan tahun lalu dengan takuk besar pada bahagian atas skrin untuk sistem pengimbas wajah secara tiga dimensi.

Menerusi sistem ini, Mate 20 Pro mempunyai kemampuan yang sama seperti sebuah iPhone XS dan kini panel hadapan Mate 30 Pro tertiris menerusi akaun IceUniverse dan nampaknya sistem imbasan wajah 3D ini akan dikekalkan.

Ia mempunyai bahagian sisi skrin yang lebih melengkung jika dibandingkan dengan yang ditemui pada Mate 20 Pro dan P30 Pro sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Julai 2019 @ 1:18 PM