HM Digital

Peneraju kasut kasual untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak, Crocs melancarkan inovasi terkini yang bercirikan teknologi keselesaan, LiteRide.

Direka berdasarkan sebahagian sains, sebahagian magis, revolusi LiteRide mengukuhkan konsep keselesaan Crocs dengan memberikan sokongan optimum kepada pengguna.

Busa LiteRide, bahan utama dalam koleksi itu menggabungkan ciri kesukanan, gaya, trend terkini, siluet dan keselesaan yang dinantikan pengguna.

Malah, busa LiteRide adalah 40 peratus lebih lembut dan 25 peratus lebih ringan daripada busa klasik Croslite, teknologi keselesaan asal jenama itu.

Naib Presiden Kanan Produk dan Pemasaran Global Crocs, Michelle Poole berkata, pihaknya menyaksikan perubahan dari segi keselesaan, daripada bagus untuk dimiliki kepada wajib dimiliki dan berpendapat koleksi ini memenuhi ciri-ciri berkenaan.

Malah katanya, teknologi keselesaannya memenuhi keinginan pengguna khususnya yang mahu tampil bergaya untuk aktiviti mereka tanpa mengira masa.

“LiteRide lebih ringan, lembut dan fleksibel berbanding rekaan sebelum ini. Croslite pula kekal sebagai bahan utama untuk kasut klasik dan kami akan terus meningkatkan buat inovasi keselesaan pengguna.

“Teknologi ini bukan saja menawarkan tahap keselesaan yang memuaskan, tetapi juga diselaraskan dengan rekaan baru gaya Crocs yang moden. Kami percaya dengan inovasi berterusan untuk memberikan keselesaan kepada pengguna,” katanya.

Bagi musim bunga dan panas 2018, koleksi ini yang terdiri daripada gaya Clog, Slide, Sandal, Flip dan Slip-On menawarkan kepelbagaian dalam pilihan produk yang direka khas untuk wanita dan lelaki agar selaras dengan populariti kategori kasual yang semakin meningkat.

Buat wanita yang mementingkan gaya tapi tetap mengutamakan keselesaan, jenama ini turut menampilkan koleksi yang tertumpu kepada tiga gaya utama untuk wanita iaitu sandal Isabella Cut Graphic Strappy, kasut baji Leigh II XStrap dan Sloane Embellished Flip Beaded.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Mac 2018 @ 10:36 AM