REKAAN menarik dengan teknologi tinggi menambah ciri dinamik kasut sekolah.
REKAAN menarik dengan teknologi tinggi menambah ciri dinamik kasut sekolah.
Yusliza Yakimir Abd Talib


Musim persekolahan baru tiba dua minggu lagi. Ketika ini, ramai ibu bapa semakin ligat membuat persediaan awal, membeli peralatan sekolah secukupnya.

Kasut, baju, beg, alat tulis dan buku, semuanya perlu dimasukkan dalam senarai barang untuk dibeli supaya tiada keperluan penting yang tercicir. Penting untuk membuat persiapan bagi mengelakkan tekanan di saat akhir.

Namun, antara semua barangan yang disenaraikan, kasut sekolah adalah keperluan paling penting untuk diambil perhatian. Selain harga dan rupa, ibu bapa wajar mempertimbangkan keselesaan anak untuk sepanjang tahun.

Bata baru-baru ini memperkenalkan inovasi kasut sekolah dengan teknologi hyperfoam yang memberi lebih keselesaan, ringan dan menawarkan pilihan rekaan menarik.

Koleksi inovasi baru untuk pasaran kasut sekolah jenis Belite itu, menampilkan sepatu selesa seakan kasut sukan. Terdapat tiga ciri utama yang menjadikan kasut sekolah itu patut dimiliki.

Antaranya, ia mempunyai aliran pengudaraan baik untuk keselesaan pemakainya dalam tempoh lama dan tapak kasut fleksibel menjadikannya begitu mudah dilentur serta menyokong pemakaian lebih lasak.

Ketua Pengurus Produk Bata Malaysia, Sharon Wong berkata, kempen ‘Back to School Bata’ terbaru itu mengetengahkan rekaan global untuk kasut sekolah, selain terus unggul memenuhi cita rasa terkini.

“Kami bukan sahaja menghasilkan rekaan kasut yang memenuhi cita rasa terkini, tetapi tetap mengutamakan keselesaan pelajar untuk dipakai seharian di sekolah atau aktiviti bersukan.

“Menerusi teknologi hyperfoam, kaki lebih mudah bernafas, fleksibel melangkah dan selesa untuk tempoh lama,” katanya.

Wong berkata, paling utama rekaan kasut Belite dengan teknologi baru itu memberikan prestasi ultra responsif dan ultra-ringan untuk kaki.

“Sebaik saja menyarung sepatu ini, pemakai akan berasa seperti memijak atas permukaan kusyen lembut. Alas kakinya juga boleh ditanggal untuk dicuci atau dibersihkan,” katanya.

Menariknya, teknologi kasut hyperfoam itu boleh didapati di seluruh dunia, termasuk pasaran negara ini pada harga RM69.99.

Malah, menerusi inovasi terbabit, Bata yakin memenuhi keperluan pelanggannya. Tambahan, ini adalah kasut kasut sekolah pertama direka dengan tahap inovasi, gaya dan teknologi yang mempunyai gabungan kompetitif.

Selain itu, Bata juga menawarkan pek promosi kasut dua pasang kasut sekolah sedia ada terpilih pada harga RM69. Ini bermakna, pembeli dapat berjimat sehingga RM17, khusus sepanjang musim cuti sekolah ini.

“Bata juga menawarkan dua pasang kasut sekolah biasa dan beg pada RM99 dengan penjimatan RM33 yang mempunyai tiga pilihan warna.

“Promosi itu berlanjutan hingga 7 Januari tahun depan dan sah di lebih 250 cawangan Bata di seluruh negara,” katanya.

Untuk lebih pilihan, Bata juga mengeluarkan rekaan kasut sekolah bercirikan karektor animasi seperti Batman, Hello Kitty dan beberapa kartun lain.

“Kami turut melancarkan kasut sekolah BFirst Ultralight yang dilengkapi teknologi Cushion Max dengan harga RM59.99. Ia direka dengan tambahan pad pelapik dalam kasut untuk memaksimumkan keselesaan tapak kaki, bahagian atas kasut yang ringan dan tapak fleksibel untuk pergerakan yang lebih baik dan selesa,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Disember 2017 @ 12:43 PM