KASUT bertumit tinggi menyerlahkan gaya glamor si pemakai.
KASUT bertumit tinggi menyerlahkan gaya glamor si pemakai.
Siti Zarinah Sahib

Bagi wanita perkara paling merunsingkan ialah apabila masih tidak dapat menyediakan keperluan Aidilfitri untuk seisi keluarga. Bayangkan terpaksa membawa si comel mencari baju dan kasut idaman mereka. Sudah tentu memerlukan masa yang panjang, ditambah pula barangan keperluan sendiri serta suami perlu juga disediakan segera.

Menyedari akan hal ini jenama terkenal Bata sentiasa peka dengan kehendak semasa, sekali gus menampilkan koleksi eksklusif merangkumi pilihan sepatu wanita, lelaki dan kanak-kanak bertujuan memudahkan urusan pembelian di bawah satu bumbung.

Untuk wanita jenama ini menyediakan rekaan glamor dan moden serta Bata Comfit yang mementingkan keselesaan si pemakai.

Menurut Ketua Pengurus Koleksi Bata Primavera Sdn Bhd, Sharon S L Wong, sempena kedatangan Syawal, Bata mengetengahkan kasut bermutu tinggi, selesa dan lebih moden bagi memenuhi cita rasa pengguna.

Penggunaan material seperti satin dan baldu dengan perincian tambahan batu dan kristal pada kasut memberikan kesan elegan kepada wanita. Ia sesuai dipadankan dengan busana tradisional baju kurung dan kebaya agar penampilan tampak lebih menyerlah.

“Wanita tidak mahu kalah dalam berhias. Sudah pasti mereka inginkan sepatu sedondon rona baju atau yang mampu memberikan imej segar sepanjang hari. Untuk itu Bata memilih beberapa material seperti satin dan baldu yang ternyata hebat dan selesa dipakai. Kemudian ia dipelbagaikan menerusi rona pastel dan sedikit terang seperti coklat, merah pulasan, emas, hijau lumut, merah jambu dan coklat cair,” katanya.

MENGGUNAKAN material baldu bagi memberikan kesan menyerlah dan selesa dipakai.
MENGGUNAKAN material baldu bagi memberikan kesan menyerlah dan selesa dipakai.

Untuk koleksi wanita, ia merangkumi potongan baji, bertumit, sarung dan tapak rata pada harga mampu milik antara RM59.99 sehingga RM129. Tidak melupakan kehendak lelaki, Bata menampilkan kasut istimewa menerusi inovasi rekaan yang lebih kreatif, selesa, praktikal dan moden. Ia merangkumi koleksi Bata Eksklusif 2018 yang menampilkan kasut kanvas, but, sandal dan sniker dengan gaya ringkas namun nampak mewah.

“Kasut lelaki menampilkan ciri ringkas namun kekal hebat. Espadrilles misalnya menggabungkan jerami pada bahagian sisi kasut manakala moccasins sentiasa mendapat permintaan tinggi disebabkan potongan yang halus dan praktikal. Ia ditawarkan dalam warna merah, kuning, biru dan hitam,” katanya.

KASUT lelaki untuk gaya harian dan musim perayaan.
KASUT lelaki untuk gaya harian dan musim perayaan.

Jika ibu dan ayah tampil bergaya, kanak-kanak juga apa kurangnya. Untuk koleksi kasut kanak-kanak, ia mengetengahkan Princess, Mickey Mouse dan watak adiwira seperti Batman, Superman dan koleksi Bubble Gummers pada warna ceria bermula usia bayi sehingga 13 tahun.

“Rangkaian kasut menggunakan watak adiwira pastinya memberikan pilihan kepada penggemarnya. Pada masa sama, Bata turut bekerjasama dengan Levi’s dan Marvel bagi melengkapi pilihan mereka,” katanya.

Sebagai penghargaan kepada pelanggan, sempena Aidilfitri ini pelanggan yang berbelanja RM149 layak menerima baucar diskaun RM25 bersama tas tangan Marie Claire atau berbelanja minimum RM99 layak menerima diskaun RM25 mengikut terma dan syarat dan selagi stok masih ada.

PADANAN kasut comel untuk si manja.
PADANAN kasut comel untuk si manja.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Mei 2018 @ 9:50 AM