TALI boleh laras pada sepatu ini memudahkan pemakaiannya.
TALI boleh laras pada sepatu ini memudahkan pemakaiannya.
KASUT tapak rata atau ballerina comel ini menarik untuk padanan gaya santai.
KASUT tapak rata atau ballerina comel ini menarik untuk padanan gaya santai.
RONA terang dan ceria menjadi pilihan yang disertai dengan perincian minimum.
RONA terang dan ceria menjadi pilihan yang disertai dengan perincian minimum.
Oleh Nor Faizah Mohamed


Tipikal namun kontemporari. Dalam penampilan serba ringkas yang dipersembahkan musim ini, NYC memperlihatkan gaya anggun dan ‘chic’ tanpa perlu rekaan keterlaluan.

Sememangnya serakan rona musim bunga menjadi antara adunan utama dalam kamus fesyen NYC kali ini.

Tema Munich in Spring atau Munich pada musim bunga dihamparkan penuh versatil dengan padanan tapak lebih ringan agar dapat memberi sokongan maksimum kepada si pemakai.

Jerman dikenali dengan gaya fesyen tradisional, selesa dan praktikal. Justeru koleksi NYC ini cuba menyerlahkan impak klasik pada keseluruhan rekaannya.

Palet warna ceria seperti merah, kuning mustard, ungu, merah jambu dan kuning air melatari kebanyakan padanan sementara rona semulajadi sebagai asasnya.

Mencari sepatu yang menarik dan selesa bukan perkara mudah. Ada yang menarik, tapi menyakitkan. Ada pula yang selesa disarungkan, tapi gayanya tidak menepati stail yang ingin ditampilkan.

Lalu NYC mengetengahkan dua aspek itu dalam koleksi sepatunya sejak beberapa musim lalu.

Berteraskan kepada siluet moden, koleksi sepatu NYC dilengkapi kusyen untuk pergerakan selesa dan gaya lebih fleksibel.

Dalam bentuk baji atau tumit tebal, koleksinya menekankan gaya praktikal terutama ketika melakukan aktiviti di luar rumah.

Himpunan Casual Comfort mengetengahkan sepatu jenis sandal yang dilengkapi beberapa ciri keselesaan antaranya tapak kasut yang ringan, menyerap getaran, lembut dan fleksibel.

Kasut jenis sarung pula menampilkan tumit sederhana tinggi agar dapat memberi sokongan kepada tubuh.

Tanpa mengetepikan gaya, himpunan ini dihiasi corak bunga menarik dengan perincian berteraskan feminin.

Bagi yang gemarkan gaya kasut bertali, NYC memperkenalkan sepatu kasual yang talinya boleh diselaras mengikut keselesaan.

Gaya malar segar ini tidak ketinggalan menonjolkan rekaan depan kasut yang lebih lebar dalam pilihan hitam, emas dan ungu.

Dengan menggunakan fabrik bermutu, setiap rekaan sesuai dipadankan untuk apa jua busana.

Tidak ketinggalan kasut tapak rata atau ballerina yang comel dan menarik dalam pelbagai warna.

Tapak dalamannya diberi penekanan untuk keselesaan maksimum sementara luarannya diberikan perincian minimum.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 January 2016 @ 5:00 AM