ONG bersama Lisa Surihani.
ONG bersama Lisa Surihani.
HM Digital

Mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran mencukupi dalam diet seharian bukan sesuatu yang mudah kerana tidak semua individu mengamalkan diet secara sihat.

Mungkin ada yang mengambilnya hari ini namun terlupa meneruskan pemakanan sihat keesokan harinya.

Sehubungan itu, Marigold Peel Fresh yang juga jenama minuman pilihan ramai berhasrat mengatasi masalah pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang sedikit terutama dalam kalangan generasi muda.

Melalui kempen Marigold Peel Fresh Daily Fruit Goodness yang berlangsung baru-baru ini, pelbagai perbincangan kesihatan bersama duta Marigold Peel Fresh, Lisa Surihani dijalankan bagi berkongsi kaedah tepat memupuk pemakanan sihat untuk seisi keluarga.

Perbincangan panel turut menawarkan kaedah cuba dan uji yang digunakan dalam usaha menjadikan jus buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai sebahagian daripada diet seimbang untuk setiap individu bagi membantu mendapatkan kesihatan yang baik.

Timbalan Pengurus Besar Marigold Peel Fresh Michael Ong berkata, pihaknya cuba memahami cabaran yang dihadapi setiap individu terutama dalam persekitaran yang kompetitif kini apabila semua orang sentiasa sibuk dengan tuntutan tugas masing-masing.

“Bukan saja untuk kanak-kanak, malah golongan dewasa juga agak sukar untuk mengamalkan corak pemakanan sihat setiap hari. Kempen ini mengajak semua orang melengkapkan hidangan harian yang disyorkan dengan kebaikan buah-buahan melalui minuman,” katanya.

Kempen ini akan terus mendidik lebih ramai rakyat Malaysia pada pameran bergerak seterusnya yang dijalankan di pusat beli-belah di Angsana Johor Bahru dari 16 hingga 19 November ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 November 2017 @ 12:48 PM