PESERTA sibuk menyediakan bento
PESERTA sibuk menyediakan bento
Intan Mas Ayu Shahimi

Menurut kajian dalaman Nestle Malaysia, seorang kanak-kanak menggunakan sehingga 1,500 kcal dalam satu hari persekolahan. Angka itu sebenarnya sama banyak jumlahnya dengan jumlah tenaga diperlukan untuk mendaki gunung, berenang sebanyak 50 pusingan di kolam renang atau menghabiskan separuh maraton.

Namun, ramai ibu bapa hari ini tidak menyedari betapa anak-anak mereka memerlukan tenaga sebanyak itu untuk memenuhi rutin serta menampung keperluan harian mereka.

Baru-baru ini, Milo menganjurkan Bengkel Bento ‘Pack in the Energy for Champions’ bagi membimbing ibu bapa menyediakan hidangan seimbang yang membekalkan tenaga untuk kanak-kanak sekolah rendah.

Acara ini sebahagian daripada misi Milo untuk membantu ibu bapa memastikan anak mendapat khasiat dan keperluan harian sewajarnya, sekali gus menyokong perkembangan mental dan fizikal mereka.

 THYE menunjukkan demonstrasi resipi ringkas.
THYE menunjukkan demonstrasi resipi ringkas.

Pengurus Jenama Kanan Nestle Malaysia Angeline Lim berkata, adalah penting untuk ibu bapa sentiasa bersedia membekalkan tenaga dan sokongan yang diperlukan anak untuk mereka berdepan pelbagai cabaran dalam kehidupan seharian.

“Kanak-kanak adalah juara kita. Sebab itu kami menggalakkan ibu bapa menyediakan bekal makanan yang seimbang dan berkhasiat bersama Milo UHT untuk dibawa anak ke sekolah.

“Milo UHT dapat menghasilkan tenaga yang efisien daripada makanan, sekali gus membekalkan tenaga kepada kanak-kanak untuk memberikan prestasi yang terbaik dari segi fizikal mahupun mental,” katanya.

Bengkel kerja berkenaan turut menyelitkan taklimat berkaitan nilai nutrisi dalam pelbagai makanan serta cara menyediakan juadah seimbang untuk kanak. Segmen itu dikendalikan ahli majlis Persatuan Dietetik Malaysia, Georgen Thye.

HASNAWATI berkongsi pelbagai tip penting dalam penyediaan hiasan makanan.
HASNAWATI berkongsi pelbagai tip penting dalam penyediaan hiasan makanan.

Jurang tenaga

Sepanjang sesi taklimat, Thye berkongsi penemuan daripada kajian MyBreakfast Study yang dijalankan oleh Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM).

Menurut kajian itu, satu dalam tiga kanak-kanak didapati mempunyai tahap aktiviti fizikal yang rendah, terutama dalam kalangan mereka yang tidak mengambil sarapan.

“Pengambilan nutrisi yang tidak tetap kerana tidak makan atau pilihan makanan yang kurang baik menyebabkan kanak-kanak mengalami kehausan tenaga pada waktu berbeza dalam sehari.

PESERTA menyiapkan bento.
PESERTA menyiapkan bento.

“Keadaan ini mungkin boleh menjejaskan tumpuan dalam bilik darjah dan aktiviti kokurikulum. Penetapan masa makan yang tetap dan penyediaan makanan berkhasiat seperti bijirin penuh, sayur-sayuran, buah-buahan, daging tidak berlemak, kekacang, produk tenusu, kacang dan biji benih dapat membantu mengisi jurang tenaga itu,” katanya.

Selain itu, beliau turut membuat demonstrasi beberapa resipi ringkas untuk penyediaan bekal makanan yang berkhasiat bersama ahli Kelab Bento/Bekal Malaysia, Hasnawati Yahaya.

Pelbagai idea kreatif dan menyeronokkan dikongsi untuk panduan ibu bapa. Malah, Hasnawati berkongsi pelbagai tip penting dalam penyediaan hiasan makanan. Ada banyak bentuk potongan menceriakan bekas bento untuk menarik minat dan mencetuskan perasaan teruja kanak-kanak ketika membuka kotak bento mereka.

HIDANGAN sihat untuk bento.
HIDANGAN sihat untuk bento.

Katanya, penyediaan bekal makanan tidak serumit yang dibayangkan kebanyakan golongan ibu malah ia boleh mencipta banyak pengalaman menyeronokkan!

“Saya suka mencipta bekas bento yang menyeronokkan kerana ia membuat anak lebih teruja untuk menikmati hidangan mereka. Makanan yang saya sediakan adalah mudah, seperti bihun goreng atau sandwic keju. Tetapi, hiasan yang saya gunakan berbeza-beza setiap hari membuat anak-anak berasa seronok untuk menghabiskan makanan mereka.

“Sebagai seorang ibu, saya lega kerana yakin anak-anak mengambil makanan berkhasiat yang membekalkan mereka dengan nutrisi dan tenaga supaya dapat menyerlahkan prestasi terbaik di sekolah,” katanya.

Milo UHT dapat membantu ibu bapa yang sibuk memastikan anak-anak mendapat tenaga yang mencukupi bagi mengharungi kehidupan seharian mereka. Ini kerana Milo mudah dipadankan dengan makanan lain.

 BENTO yang dihasilkan sepanjang berlangsungnya Bengkel Bento Milo.
BENTO yang dihasilkan sepanjang berlangsungnya Bengkel Bento Milo.

Ia juga mengandungi ActivGo, kombinasi unik Protomalt, vitamin dan mineral yang dapat menghasilkan tenaga efisien daripada makanan. Minuman berkhasiat ini juga mengandungi kalsium bagi menjamin tulang dan gigi yang lebih kuat selain vitamin C untuk meningkatkan penyerapan zat besi daripada makanan.

Kanak-kanak yang mengambil minuman malt mempunyai pengambilan mikronutrien yang lebih tinggi dan lebih cenderung memenuhi Saranan Pengambilan Zat (RNI) bagi jumlah pengambilan tenaga, protein, kalsium dan vitamin B.

Minuman ini dijual dalam pek minum 125ml dan 200ml, yang boleh didapati di kedai serbaneka, pasar raya mini, pasar raya biasa dan pasar raya besar.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Disember 2017 @ 12:02 AM