HM Digital

Raikan Festival Lunar bersama keluarga dan rakan di restoran Botanica + Co dengan dua menu bermusim istimewa, iaitu nasi ayam claypot dan Teochew Orh Nee klasik.

Dua menu itu disediakan untuk tempoh terhad bermula 24 September hingga 4 Oktober, disediakan oleh Cef Eksekutif Botanica, Cef Sam Neoh dan pasukannya, kedua-dua masakan lazat serta manis ini tidak boleh dilepaskan.

Nasi ayam claypot restoran ini menawarkan aneka rasa menggunakan bahan segar dan premium seperti nasi Jepun, sayur-sayuran jeruk dipadankan dengan paha ayam lembut yang diasinkan dalam halia wangi serta beri goji.

Hidangan hangat dihiasi dengan telur onsen dan ketumbar, leek serta bonito disertai sos soya buatan khas Botanica. Mengekalkan tradisinya, hidangan ini dihidangkan dalam mangkuk tembikar klasik bagi menonjolkan rasa hangat dan damai daripada makanan istimewa musim luruh ini.

Untuk mengakhiri hidangan keluarga yang sempurna, Botanica menawarkan versi Teochew Orh Nee, hidangan istimewa diperbuat daripada keladi yang direbus dalam susu, dihiasi dengan kacang ginko, percikan santan kelapa, ekstrak pandan dan sirap Jepun istimewa.

Dihidangkan dalam mangkuk seramik oriental, Teochew Orh Nee memberi penghormatan kepada pencuci mulut tradisional itu.

Nasi ayam claypot Botanica dan Teochew Orh Nee masing-masing berharga RM36 dan RM22.50 boleh dinikmati di Botanica + Co Restaurant & Bar di The Verticals, Bangsar South City, Kuala Lumpur.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 September 2017 @ 9:40 AM