TUNA dan avokado.
TUNA dan avokado.

Cuti sekolah di hujung tahun bakal menjelang, masa yang menggembirakan untuk kanak-kanak - tiada kerja rumah, tiada pakaian seragam atau kelas tuisyen hampir dua bulan. Bagi ibu bapa, cabaran masa ini adalah untuk mengisi masa anak dengan aktiviti kreatif yang amat menyeronokkan sehinggakan mereka tidak menyedari ia sebenarnya satu bentuk pembelajaran.

Tetapi ibu bapa tidak perlu bimbang kerana jenama isi rumah yang berada di Malaysia selama 124 tahun, Ayam Brand, yang terkenal dengan pelbagai produk berkualiti tinggi, bebas pengawet dan makanan bertin akan menyelamatkan ibu bapa daripada cabaran itu sekali gus menggembirakan anak mereka!

Ia bersedia untuk menjadikan cuti sekolah kali ini masa yang tidak akan dilupakan oleh anak dengan lapan resipi menarik dan mudah yang akan membantu mereka merancang, menyedia dan menghidang sajian berkhasiat yang boleh dilakukan dengan mudah di rumah tanpa pengawasan orang dewasa.

Anak anda akan menemui kepuasan dalam merancang, menyedia dan menghidang sajian untuk diri sendiri dan pada masa sama menjadikan hidangan itu satu kejutan kepada ibu bapa dan adik-beradik mereka.

Bukan setakat itu, melalui aktiviti ini juga mereka akan belajar kemahiran hidup yang penting antaranya memperbaiki koordinasi mata dan tangan, menajamkan deria rasa serta mempelajari mengenai masakan dan budaya yang lain.

Menurut Pengurus Pemasaran Ayam Brand Nicholas Nyeow, resipi ini direka khusus untuk kanak-kanak dan menjadi titik mula paling unggul bagi menyemai minat dan kecintaan memasak dalam kalangan kanak-kanak kerana ia berada dalam lingkungan keupayaan dan jadual perkembangan mereka.

“Kerap berlaku kanak-kanak memulakan perjalanan kulinari mereka menggunakan resipi orang dewasa. Bahasa, kaedah, rasa malah peralatan memasak yang digunakan sering tidak sesuai dengan kemahiran mereka. Ini mengakibatkan anak kecewa seterusnya hilang minat bahkan lebih teruk, benci memasak.

“Ayam Brand amat memahami kanak-kanak dan keluarga. Inilah sebabnya mengapa kami mewujudkan resipi ini bagi membolehkan kanak-kanak meneroka kebebasan diri dan mencipta ruang masa untuk keluarga bersama di dapur.

“Semua resipi ini mesra kanak-kanak, berkhasiat seimbang, sedap dan kelihatan menarik apabila dihidangkan serta membuatkan anak-anak mengecapi rasa kejayaan dengan setiap hidangan yang disiapkan,” kata Nyeow.

Resipi yang disediakan jenama ini untuk anak pada cuti sekolah kali ini ialah kek tuna dan keledek, jaket kentang, tuna dan quesadilla avokado, mufin tuna berlapik rosti, cucur tuna, krim keju tuna, udang tumis dengan kacang panggang serta sandwic kacang panggang.

Antara produk Ayam Brand yang diketengahkan dalam resipi ini ialah Ayam Brand Kacang Panggang. Kacang panggang ialah sumber serat dan protein amat baik yang boleh membantu membina kesihatan sistem penghadaman dan otot.

Ia hanya menggunakan dan memilih kacang haricot utara terbaik yang diimport terus dari Amerika Syarikat untuk mengekalkan rasa dan kualiti yang sekata. Kacang berkenaan kemudiannya direbus dengan sempurna bagi membolehkannya mengekalkan bentuknya dan pada masa sama, masih empuk apabila dikeluarkan dari tin.

Tuna banyak digunakan dalam resipi ini kerana ia kaya dengan omega-3 iaitu asid lemak yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh kita. Omega-3 membantu mengelakkan penyakait jantung koronari, mengekalkan kesihatan sistem imunisasi, membantu memperbaiki penyerapan vitamin dan merangsang perkembangan sel. Omega-3 juga penting dalam perkembangan penglihatan dan otak dalam kalangan kanak-kanak dan ia juga kaya dengan vitamin B3 dan B12.

Bantulah anak-anak anda membukitkan mereka boleh memasak. Layari laman web http://www.ayambrand.com.my/recipe untuk memulakan keseronokan memasak dengan anak tersayang pada musim cuti sekolah kali ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 November 2016 @ 4:51 AM