NG (empat dari kiri) dan Joyce (empat dari kanan) dan penerima kad keahlian Pavilion Silver Societe.
NG (empat dari kiri) dan Joyce (empat dari kanan) dan penerima kad keahlian Pavilion Silver Societe.

Golongan berusia ‘emas’ adalah penyumbang kepada kelahiran generasi serba moden. Tanpa pengorbanan mereka belum tentu generasi hari ini dapat merasai kesenangan dan kemudahan terbentang di depan mata.

Bagi menghargai jasa dan sumbangan golongan itu, pusat membeli-belah Pavilion Kuala Lumpur melancarkan program keistimewaan eksklusif baru untuk warga emas, Pavilion Silver Societe.

Kempen yang disasarkan kepada rakyat Malaysia berumur 55 tahun ke atas itu, menawarkan ahli pengalaman bersantai, sambutan khas dan perkhidmatan; dari bengkel semasa musim perayaan, perkhidmatan memanjakan, diskaun hari jadi dan banyak lagi.

Menariknya, ahli Silver Societe juga menerima diskaun eksklusif daripada lebih 250 penyewa di pusat membeli-belah serta jemputan untuk majlis persendirian.

Pada majlis pelancarannya baru-baru, Ketua Pegawai Eksekutif Runcit Pavilion KL, Datuk Joyce Yap dibentangkan kad keahlian Silver Pavilion Societe, sebagai ahli pertama program terbabit.

Kad keahlian itu kemudiannya disampaikan kepada 10 penerima yang lain, termasuk bekas Menteri Pelancongan Malaysia, Tan Sri Dr Ng Yen Yen.

Berucap pada majlis itu, Joyce berkata, Pavilion terkenal dalam memberikan pengalaman membeli-belah yang tidak dapat dilupakan kepada pengunjung dengan menyuntik keseronokan dan kebijaksanaan ke dalam setiap kempen.

Katanya, pelancaran Pavilion Silver Societe menandakan kita tidak perlu berhenti menjalani gaya hidup aktif dan memuaskan walaupun usia semakin meningkat.

“Pada saya, hidup bermula apabila menginjak usia 55 tahun. Saya berharap semua pembeli berusia 55 tahun ke atas memulakan perjalanan ini dengan kami dan mengambil kesempatan daripada kelab ini,” katanya.

Dalam usaha untuk terus menawarkan faedah dan aktiviti menarik kepada anggota Pavilion Silver Societe, Pavilion KL akan bekerjasama dengan organisasi bukan keuntungan utama dan syarikat multinasional untuk membabitkan pelanggan sasaran.

Rakan kongsi pertama untuk bekerjasama dengan pusat membeli-belah dalam inisiatif itu adalah Managedcare, sebuah organisasi yang menyediakan perundingan dan bantuan untuk penjagaan warga emas.

Pada majlis itu, Perjanjian Memorandum Persefahaman (MOU) antara Pavilion KL dan Managedcare ditandatangani untuk menandakan perkongsian bersama antara kedua-dua pihak, bertujuan membawa kepentingan yang saling memberi manfaat..

Sebagai bukti sebenar bagaimana usia tidak menghalang gaya hidup seseorang, persembahan tarian beramai-ramai oleh AMY Dancesport Centre diketuai Steven Loh dan Rose May, kedua-dua Juara Senior Terbuka Johor Bahru 2016 dan Terbuka Kuala Lumpur 2016 turut diadakan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Julai 2017 @ 1:42 PM