BARANGAN rumah turut mendapat sambutan di CJ WOW SHOP.
BARANGAN rumah turut mendapat sambutan di CJ WOW SHOP.
TUDUNG segera antara yang ditawarkan sempena Syawal.
TUDUNG segera antara yang ditawarkan sempena Syawal.
Siti Zarinah Sahib

Menyedari wanita kini semakin bijak berbelanja dan menggunakan masa yang ada untuk membeli-belah menerusi dalam talian, rangkaian membeli-belah inovatif di rumah, CJ WOW SHOP menawarkan promosi ganjaran wow bersempena Ramadan dan Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi. Untuk itu pelbagai koleksi terkini dipersembahkan untuk tatapan pelanggan dengan memberikan tumpuan kepada produk Islamik.

Ia membabitkan rangkaian produk pembelajaran berunsurkan Islam sehingga kepada busana Muslimah. Semua produk ini adalah jenama tempatan terdiri daripada My Qalam al-Quran, Quran Ensiklopedia Ramadan, Upin Ipin Quran Junior Set, Udani sejadah, Siti Khadijah Telekung serta tudung Ariani dan Zawara.

Menurut Ketua Bahagian Pengurusan Korporat dan Pemasarannya, Junisa Jaafar Sidek, CJ WOW SHOP menyediakan produk berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan bersempena Ramadan dan Syawal. Untuk itu setiap pembelian akan diberikan ganjaran bagi menggalakkan pelanggan membeli-belah menerusi dalam talian.

“Ganjaran Ramadan WOW bermula pada 6 hingga 24 Jun ini dengan setiap pembelian pelanggan akan menerima 10 peratus diskaun yang boleh digunakan untuk pembelian kedua. Ganjaran ini sah sehingga tiga bulan saja. Untuk promosi Aidilfitri pula bermula pada 25 Jun sehingga 24 Julai dan pelanggan akan menerima ganjaran yang sama iaitu 10 peratus diskaun,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai produk yang ditawarkan, ia membabitkan koleksi barangan rumah seperti pengisar jus buah-buahan yang mudah disediakan terutama untuk berbuka puasa dan bersahur. Begitu juga dengan rangkaian barangan dapur seperti periuk Coocan, bekas mengisi makanan serta pot seramik yang menjanjikan masa memasak anda menjadi lebih mudah dan menjimatkan.

Tambahnya, sejak diperkenalkan produk berunsurkan pendidikan seperti Quran ensiklopedia Ramadan, Upin Ipin Quran Junior Set dan My Qalam mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.

“Al-Quran antara produk yang mula mendapat perhatian ramai selain produk barangan rumah dan dapur,” katanya.

Untuk koleksi fesyen dan busana Muslimah semua rekaan dihasilkan eksklusif untuk pelanggan CJ WOW SHOP saja. Untuk itu dari segi material digunakan dan rekaan adalah berkualiti untuk pelanggan. Antara jenama terkenal Ariani dan Zawara yang memperkenalkan rekaan tudung segera dan jubah pelbagai warna sesuai untuk meraikan Aidilfitri yang akan datang.

Dengan menawarkan kemudahan membeli-belah menurut keselesaan sendiri, rakyat Malaysia boleh menikmati siaran demonstrasi yang komprehensif ini menerusi saluran media utama iaitu TV3, ntv7, 8TV, TV9 dan Tonton.

Bagi mereka yang ingin merasai keseronokan membeli-belah yang lengkap dan wow, boleh layari www.cjwowshop.com.my atau membuat panggilan ke talian bebas tol 1800-18-0808 serta aplikasi mudah alih CJ WOW SHOP menerusi Apple App Store dan Google Play Store dan boleh membeli-belah di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Jun 2016 @ 12:02 PM