KERETA mewah Lexus yang ditawarkan kepada pemenang bertuah.
KERETA mewah Lexus yang ditawarkan kepada pemenang bertuah.

Pusat beli-belah utama, Pavilion Kuala Lumpur (KL) baru-baru ini melancarkan Ganjaran Jualan Terbesar sempena Karnival Jualan Mega 1Malaysia (1MMSC) bermula 15 Jun hingga 16 September depan.

Bertemakan Drive The Sale, kempen kerjasama Lexus dengan Pavilion KL ini mengajak orang ramai menikmati pengalaman membeli-belah ke peringkat seterusnya dengan tawaran jualan menarik serta diskaun.

Tambah menarik, pelanggan bertuah berpeluang membawa pulang tiga kenderaan mewah Lexus bernilai lebih RM900,000. Ia termasuk Lexus ES, Lexus IS dan Lexus NX Edisi Khas.

Setiap satunya diumumkan pada setiap bulan sepanjang berlangsungnya kempen 1MMSC. Pembeli hanya perlu membelanjakan RM500 dalam satu resit dan meneka bilangan beg di ruang pameran Lexus di tingkat tiga sebelum mendaftar untuk menyertai peraduan.

Ketua Pegawai Eksekutif Runcit, Pavilion KL, Datuk ‘Joyce Yap berkata, pihaknya komited menyediakan pengalaman bermakna untuk setiap pelanggan yang mengunjungi pusat membeli-belah terkemuka Malaysia itu.

“Kita berbangga dengan kerjasama Lexus. Sebagai jenama kenderaan yang mempamerkan gaya hidup mewah, ia seiring dengan jenama Pavilion KL. Tiga pacuan mewah yang ditawarkan sudah pasti menarik orang ramai membeli sepanjang tempoh kempen berlangsung,” katanya.

Jelas Yap, pelancong akan menikmati pelbagai ganjaran apabila mereka membeli sepanjang tempoh 1MMSC. Ia termasuk ganjaran wangian mewah bernilai RM100,000 selain kad hadiah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Julai 2017 @ 11:25 AM