MARIGOLD

SEMPENA Ramadan ini, SUSU SEJAT MARIGOLD memperkenalkan koleksi resipi baru untuk dihidangkan ketika berbuka puasa seperti resipi Pengat Pisang ini.

Masa Penyediaan: 15 minit

Masa Memasak: 15 minit

Hidangan: 3-4

Bahan-bahan:

• 2 sudu besar santan segar

• 2 sudu besar gula putih

• 15 biji pisang mas, dibelah dua

• 40g gula Melaka

• 700ml Susu Isian Sejat MARIGOLD

• 100ml Susu Isian Pekat Manis MARIGOLD

• 4 helai daun pandan, disimpul

• 1 sudu teh garam

• 100g biji sago, dimasak

Rangkaian SUSU SEJAT MARIGOLD terdiri daripada SUSU ISIAN SEJAT MARIGOLD, KRIMER SEJAT MARIGOLD dan SUSU SEJAT PENUH KRIM MARIGOLD. Diperkaya dengan Vitamin A & D, rangkaian produk ini boleh digunakan untuk menambah nikmat yang berkrim untuk makanan dan minuman kegemaran anda.

Cara penyediaan:

1. Panaskan santan, 1 sudu besar gula dan pisang sehingga gula dilarutkan. Ketepikan.

2. Larutkan gula Melaka dan 1 sudu besar gula dalam periuk, masukkan Susu Isian Pekat Manis MARIGOLD dan Susu Isian Sejat MARIGOLD.

3. Kemudian, masukkan daun pandan, garam dan pisang. Masak sehingga pisang empuk.

4. Masukkan biji sago dan masak selama 5 minit sehingga mendidih.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Jun 2016 @ 5:04 AM