PESERTA diberi latihan dan bimbingan keusahawanan.
PESERTA diberi latihan dan bimbingan keusahawanan.
Yusliza Yakimir Abd Talib

Gelombang fesyen Muslimah kian berpengaruh di seluruh dunia dengan kehadiran pereka berbakat dalam menghasilkan inovasi baru dan malar segar.

Malah di negara ini sendiri, fesyen menjadi industri menguntungkan hingga saban tahun melahirkan ramai jutawan dan ikon fesyen Muslimah.

Jika dulu fesyen ibarat satu cabang seni yang kurang mendapat perhatian namun kini keadaan itu berubah sama sekali dan kita dapat lihat sendiri perkembangan yang cukup pesat ke atas industri fesyen Malaysia.

Oleh kerana permintaan yang cukup menggalakkan dalam kalangan masyarakat di negara ini, mereka yang bijak merebut peluang menjadikan industri ini sebagai lubuk rezeki dan punca pendapatan menguntungkan.

Bagaimanapun, salah satu permulaan yang baik untuk memulakan perniagaan dalam talian sendiri adalah dengan menjadi ejen dropship terlebih dulu.

Busanadropship.com antara platform dalam talian yang menyediakan peluang perniagaan buat pengedar mendapatkan produk fesyen daripada pelbagai jenama terkemuka di Malaysia di bawah satu bumbung.

Pengasasnya, Ali Ikhwan Mohd Nordin berkata, busanadropship.com bermatlamat membantu lebih ramai wanita menjana pendapatan dengan produk eksklusif dan ternama melalui margin keuntungan tinggi antara 15 hingga 30 peratus.

Katanya, dengan hanya bayaran yuran pendaftaran sebanyak RM30 setahun, banyak kelebihan yang dinikmati ejen termasuk latihan dan bimbingan berterusan untuk memasarkan produk secara dalam talian.

“Sebelum ini, kebanyakan pengedar perlu melayari pelbagai laman web butik fesyen dan atas faktor itu, kami menyediakan satu platform yang merangkumi pelbagai jenama di bawah satu bumbung.

“Kami juga tampilkan jenama yang sememangnya sudah dikenali di pasaran agar memudahkan ejen menjual produk ini. Antara jenama dalam busanadropship.com ialah My Sketchbook Shawl, Abam Brand, Ellezada featuring Adam Corrie, Sofearose, iBawal, Dzulfiqar Inspire dan Madre Hermosa.

“Dari semasa ke semasa, kami akan mengemaskini pelbagai jenama terkenal lain untuk memudahkan jualan kerana jenama itu sentiasa mendapat permintaan menggalakkan daripada pelanggan.

“Kami anggarkan lebih 30 jenama artis dan butik akan terbabit di bawah busanadropship.com menjelang akhir 2017,” katanya.

Menurutnya, peluang seumpama ini seharusnya tidak dilepaskan golongan wanita seperti suri rumah, ibu tunggal dan sebagainya untuk menambah pendapatan lebih-lebih lagi keadaan ekonomi yang kurang baik ketika ini.

Lebih penting katanya, risiko menjadi ejen dropship adalah rendah untuk berdepan dengan kerugian kerana mereka tidak perlu menyimpan stok mahupun terbabit dalam proses penghasilan dan pembekalan serta pengeposan produk.

Selain itu, individu yang menjadi ejen dropship juga akan menerima bimbingan keusahawanan dan pemasaran selain sokongan menerusi kumpulan di WhatsApp.

Ali yang juga mentor dan konsultan perniagaan dalam talian sudah membimbing lebih 300 butik dalam talian sejak 2013. Untuk program ini, pelbagai seminar keusahawanan istimewa akan dianjurkan untuk peserta busanadropship.com meningkatkan ilmu perniagaan sekali gus membawa mereka lebih jauh dalam perniagaan fesyen dalam talian.

“Justeru, kami galakkan lebih ramai wanita menjana pendapatan secara separuh masa mahupun sepenuh masa dalam program ini dengan modal permulaan yang rendah iaitu RM30 tapi insya-Allah keuntungan lumayan jika peserta komited untuk memajukan diri mereka.

“Semua gambar dan maklumat produk lengkap kami sudah sediakan manakala sistem stok semasa juga adalah mengikut masa terkini. Untuk memberi motivasi kepada peserta, kami juga menawarkan pelbagai ganjaran antaranya majlis makan malam bersama artis, hadiah menarik dan pakej percutian bagi peserta dengan penjualan tertinggi.

“Selain itu, sekiranya peserta mendaftar sebelum 1 Syawal ini, mereka berpeluang menyertai cabutan bertuah usahawan busanadropship.com dan memenangi wang tunai RM 5,000,” katanya.

Bagi mereka yang berminat menyertai program itu, boleh membuat pendaftaran dan pembayaran secara dalam talian menerusi laman web, www.busanadropship.com.

Selain itu, bagi sebarang bantuan pendaftaran secara manual dan maklumat lanjut boleh menghubungi talian 016-5228352 (Nur) atau 012-3002899 (Khai).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Jun 2017 @ 2:43 AM