TATU arnab yang dilukis pada badan Evans. FOTO Ihsan GWR
TATU arnab yang dilukis pada badan Evans. FOTO Ihsan GWR
Agensi

Washington: Seorang warga Wales memecah rekod dunia apabila mencacah 69 tatu arnab di badannya sebagai simbolik kecintaannya terhadap haiwan itu, lapor UPI News.

Craig Evans, 42, berkata dia membuat tatu arnab pertama pada 2009, dan kini mempunyai 69 arnab yang di bahagian lengan, kaki dan dadanya.

Ia sekali gus mendapat pengiktirafan Guinness World Record.

"Saya suka nilai estetika pada arnab. Ia adalah makhluk yang sangat comel, dan mendapatkan sesuatu yang sangat comel seperti tatu, yang biasanya terkenal sebagai perkara sukar bagi sesetengah orang, adalah perkara yang saya sangat suka," katanya.

Evans bagaimanapun berkata, dia tidak pernah mempunyai arnab peliharaan.

"Malangnya, saya tidak mempunyai sebarang arnab peliharaan kerana mempunyai seekor anjing jenis terrier bernama Bertie.

"Saya tidak fikir ia akan menjadi gandingan yang baik, tetapi saya sangat menyayanginya," katanya.

Evans berkata, dia turut membuat tatu Bertie yang mana anjing itu memakai bandana arnab bagi menyesuaikan tema tatu yang ada pada badannya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mac 2024 @ 12:06 PM