ASAP tebal dari lava susulan letusan gunung berapi di Semenanjung Reykjanes, tiga kilometer dari Grindavik, barat Iceland. FOTO AFP
ASAP tebal dari lava susulan letusan gunung berapi di Semenanjung Reykjanes, tiga kilometer dari Grindavik, barat Iceland. FOTO AFP
ASAP tebal dari lava susulan letusan gunung berapi di Semenanjung Reykjanes, tiga kilometer dari Grindavik, barat Iceland. FOTO AFP
ASAP tebal dari lava susulan letusan gunung berapi di Semenanjung Reykjanes, tiga kilometer dari Grindavik, barat Iceland. FOTO AFP
Reuters

Reykjavik: Aliran lava dari gunung berapi di Iceland yang mula berhenti, minggu lalu, membuatkan ramai pelancong hampa.

Hazel Lane, seorang pengurus dari London, United Kingdom (UK), sudah menempah tiket ke sini, sebaik sahaja melihat rakaman letusan itu di televisyen, dengan harapan dapat menyaksikan aliran lava yang menakjubkan.

Dia sudah melawat Iceland pada bulan sebelumnya, tetapi tempoh lawatan itu terlalu singkat.

Pihak berkuasa ketika itu dilaporkan memindahkan hampir 4,000 penduduk bandar Grindavik yang berhampiran dan beberapa minggu kemudian berlalu, sebelum gunung berapi yang terletak kira-kira 40 kilometer (km) di barat daya Reykjavik itu, meletus pada 18 Disember lalu.

"Saya mempunyai 'impian gila' untuk pergi ke Reykjavik pada hari itu untuk terbang di atas letusan gunung berapi," katanya.

Dia tiba bersama anak lelakinya dan teman wanitanya pada 22 Disember lalu dan menyaksikan aliran lava yang sudah berkurangan.

"Kami kecewa kerana aktiviti gunung berapi berhenti, tetapi kami masih akan mempunyai hari yang indah di Reykjavik," katanya.

Iceland yang saiznya sebesar negeri Kentucky, Amerika Syarikat (AS), mempunyai kurang daripada 400,000 penduduk, namun memiliki lebih daripada 30 gunung berapi aktif.

Ia menjadikan pulau di utara Eropah sebagai destinasi utama untuk pelancongan gunung berapi.

Letusan, baru-baru ini, seperti letusan gunung berapi Fagradalsfjall di barat daya Iceland pada 2021, menarik kunjungan ribuan pelancong.

Ekspedisi Troll yang menawarkan lawatan ke gua ais Iceland, glasier, kolam geoterma dan pelbagai perjalanan gunung berapi berkata, tempahan pelancong ke Iceland menurun sebelum letusan gunung berapi di Grindavik disebabkan oleh gempa bumi, yang berlaku sebelumnya.

"Orang ramai sangat teruja melihat gunung berapi itu. Malangnya, letusan itu berhenti seketika," kata syarikat itu melalui e-mel, sambil menyatakan bahawa ia adalah letusan keempat di kawasan itu dalam tempoh tiga tahun lalu.

"Letusan lain sangat baik untuk pelancongan, kerana anda boleh mendekati kawah dan menyaksikan aliran lava," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 January 2024 @ 12:29 PM