GAMBAR hiasan. FOTO Agensi
GAMBAR hiasan. FOTO Agensi
AFP

Tokyo: Tentera udara Jepun hari ini memaklumkan, pihaknya menemui mayat seorang daripada dua kru jet pejuang yang hilang dua minggu lalu.

Jet pejuang F-15 yang dalam misi latihan pada 31 Januari, hilang dari radar sejurus berlepas dari Pangkalan Udara Komatsu di wilayah Ishikawa.

Tentera udara berkata, mayat berkenaan ditemukan pada Jumaat oleh tentera laut ketika operasi mencari di Laut Jepun.

Katanya, mereka sudah mengesahkan identiti mayat berkenaan, namun tidak mendedahkan nama sambil menambah pencarian pembantu juruterbang diteruskan.

Jet F-15 yang membawa dua kru hilang ketika menjalankan misi latihan di Laut Jepun, kira-kira lima kilometer (km) barat-barat laut dari pangkalan berkenaan.

Punca sebenar jet pejuang itu terhempas belum dimaklumkan secara jelas, tetapi Kementerian Pertahanan tidak berhasrat menghentikan penggunaan F-15.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Februari 2022 @ 1:57 PM