KEADAAN luar rumah Sam Cox turut dihiasi dengan lakaran doodle. FOTO Instagram mrdoodle
KEADAAN luar rumah Sam Cox turut dihiasi dengan lakaran doodle. FOTO Instagram mrdoodle
SAM Cox bersama isterinya dalam rumah mereka. FOTO Instagram mrdoodle
SAM Cox bersama isterinya dalam rumah mereka. FOTO Instagram mrdoodle
Sam Cox bersama isterinya dalam rumah mereka.  FOTO Instagram mrdoodle
Sam Cox bersama isterinya dalam rumah mereka. FOTO Instagram mrdoodle
Agensi

London: Seorang artis Britain, membelanjakan AS$1.53 juta (RM7.08 juta) untuk memenuhi impian zaman kanak-kanaknya apabila mengubah suai rumah mewahnya dengan hiasan lakaran doodle.

Sam Cox, lebih dikenali sebagai Mr Doodle, mencapai impian zaman kanak-kanaknya untuk tinggal di rumah yang dihiasi dengan seni doodle.

Cox, 28, melancarkan projek dua tahunnya itu, selepas menghiasi rumah 12 biliknya di Kent, England dengan coretan lukisan doodle hasil karyanya sendiri.

Katanya, dia menggunakan 900 liter cat putih, 401 tin cat semburan hitam, 286 botol cat lukisan hitam serta 2,296 batang pen untuk menyiapkan projeknya itu.

"Keseluruhan rumah ini adalah nyata bukan teknik janaan imej komputer (CGI). Semuanya diconteng dan dicoret dengan tangan.

"Ketika saya masih kecil, saya mahu tinggal dalam hartanah hasil ciptaan saya iaitu, DoodleLand yang dipenuhi dengan bentuk ceria kerana ia menggembirakan apabila saya melihatnya.

"Bagi saya, itulah tujuan saya mencipta seni untuk menggembirakan diri saya sendiri," katanya di laman Instagram yang memiliki lebih 2.7 juta pengikut.

Cox memberitahu The Sunday Times, pasangan yang menjual rumah itu merayu supaya dia tidak menconteng rumahnya itu, namun dia tidak mengendahkan permintaan itu.

Dia tinggal di Doodle House bersama isterinya Alena dan anjing mereka dan kini mahu melakar doodle di lebih banyak rumah di kawasan kejiranannya dan mengimpikan menukar bandar itu dengan lakarannya.

Berdasarkan sumber artnet.com, lelaki itu juga sentiasa tampil dengan idea segar dalam berkarya dan menjadi artis kelima terlaris pada masa ini.

Laman itu berkata, hasil karya Cox berjaya meraih hampir AS$4.7 juta (RM21.76 juta)

Tahun lalu, dia menjadi tajuk utama apabila pembida bersetuju membayar hampir AS$1 juta (RM4.63 juta) untuk kanvas Mr Doodle berwarna hijau dan hitam bertajuk Spring (2019) di Syarikat Lelong Tokyo Chuo.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Oktober 2022 @ 1:32 PM