FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Agensi

London: Buku yang dipinjam lebih 60 tahun lalu di sebuah perpustakaan Britain akhirnya dikembalikan ke tempat asalnya selepas ditemui di perpustakaan lain di Croatia.

Vedran Levi, pekerja Perpustakaan Dubrovnik, menjumpai salinan The Loving Couple oleh Virginia Rowans dalam beg derma yang ditinggalkan di perpustakaan Croatia, lapor Upi.com.

Dia mendapati buku itu dipinjam dari Perpustakaan Komuniti Gainsborough di Ipswich, England pada 1952.

Levi menghantar semula buku itu kembali ke rumah asalnya dengan nota menerangkan penemuan itu.

"Ia satu kejutan apabila menerima kembali buku dari jauh selepas sekian lama, isyarat yang sangat indah daripada rakan sekerja kami di Croatia," katanya.

Risby berkata, pengembalian buku itu menyerlahkan betapa perpustakaan menyatukan orang di seluruh dunia. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mei 2022 @ 6:55 AM