PERBICARAAN kes MH17. FOTO EPA
PERBICARAAN kes MH17. FOTO EPA
AFP

The Hague: Pendakwa Raya Belanda pada Isnin berkata, empat suspek yang menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 mempunyai minat untuk mencari 'kepentingan ketenteraan'.

Empat suspek itu kini dibicarakan selepas didakwa melancarkan misil BUK yang menembak jatuh pesawat di timur Ukraine pada 2014 dan meragut 298 nyawa penumpang serta kru.

Pendakwa Raya memaklumkan perkara itu dalam perbicaraan Isnin lalu dengan berkata, empat suspek memainkan peranan dalam memastikan keselamatan sistem BUK yang kebiasaan digunakan untuk menyerang pesawat perang Ukraine.

"Jika ini adalah niat, maka ia tidak mengubah tuduhan menjadikannya sebagai perbuatan jenayah.

"Salah sasaran juga tiada perbezaan kepada bukti, kerana kesalahan jenayah sudah dilakukan," kata pendakwa raya Thijs Berger kepada hakim.

Suspek menggunakan misil BUK sebagai alat untuk melaksanakan kepentingan ketenteraan dan menembak jatuh MH17.

Pesawat MH17 dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum terhempas di timur Ukraine yang dikuasai kumpulan pemberontak pro-Rusia.

Keempat-empat tertuduh iaitu bekas kolonel Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Russia (FSB) Igor Girkin; bekas pegawai Agensi Perisikan Tentera agensi Tentera Russia (GRU) Sergey Dubinskiy; bekas pegawai tentera Spetznaz-GRU Oleg Pulatov; dan Leonid Kharchenko dari Ukraine yang dibicarakan secara in absentia (tanpa kehadiran di mahkamah).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Disember 2021 @ 10:25 AM