BOMBA memadam kebakaran di bangunan berkenaan. FOTO EPA
BOMBA memadam kebakaran di bangunan berkenaan. FOTO EPA
BERNAMA

Rom: Lapan orang terbunuh selepas pesawat ringan merempuh sebuah bangunan di Milan, Itali pada Ahad, lapor Agensi Berita Xinhua.

Seorang pegawai bomba di San Donato Milanese berkata, pesawat Pilatus PC-12 itu merempuh bangunan dua tingkat yang sedang diubah suai, mengorbankan juruterbang, pembantu juruterbang dan enam penumpang, termasuk seorang kanak-kanak.

Menurut laporan, kesemua mangsa yang maut itu bukan warga Itali.

Pesawat dikatakan dalam perjalanan dari lapangan terbang di Olbia menuju bandar Linate, Milan.

Juruterbang dilaporkan membuat panggilan kecemasan sejurus berlepas dan pesawat dipercayai terbakar sebelum terjunam.


Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Oktober 2021 @ 11:25 AM