FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
BERNAMA

Athens: Dua maut selepas sebuah helikopter yang terbabit dalam misi memadam kebakaran di Pulau Sisam, Greece terhempas di Laut Aegean, menurut Agensi Anadolu.

Sementara itu, juruterbang dan seorang penumpang dijumpai selamat selepas helikopter jenis Mi-8 itu terjunam ke dalam laut di sekitar kepulauan itu, menurut EPT News.

Helikopter itu membawa seorang rakyat Romania, dua Moldova, dan seorang penterjemah.

Menurut seorang saksi, helikopter itu terhempas ketika cuba mendapatkan bekalan air dari kawasan itu, manakala saksi lain memaklumkan helikopter itu gagal mengekalkan altitud lalu terjunam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Julai 2022 @ 12:40 PM