GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
AFP

WASHINGTON: Sembilan terbunuh termasuk dua kanak-kanak dan tiga lagi cedera selepas sebuah pesawat ringan terhempas di South Dakota semalam ketika amaran ribut salji, lapor media Amerika Syarikat (AS).

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan memberitahu, pesawat Pilatus PC-12 yang membawa 12 penumpang terhempas tidak lama selepas berlepas dari lapangan terbang Chamberlain.

NBC News melaporkan, antara yang terbunuh adalah juruterbang pesawat berkenaan.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan di Twitter memberitahu, punca nahas berkenaan masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Disember 2019 @ 12:34 PM