KEMALANGAN di litar lumba di pada perlumbaan berkenaan. FOTO AFP
KEMALANGAN di litar lumba di pada perlumbaan berkenaan. FOTO AFP
AFP

New Delhi: Tujuh terbunuh dan 21 cedera selepas sebuah kereta lumba merempuh penonton di acara permotoran di Sri Lanka, Ahad lalu.

Nahas berlaku di perlumbaan Fox Hill Supercross di Diyatalawa, sebuah bandar pangkalan tentera.

Antara yang maut ialah empat pegawai perlumbaan serta penonton, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun.

Susulan kejadian itu, polis menahan dua pemandu, walaupun keadaan mereka masih belum dapat disahkan.

Pihak berkuasa berkata, siasatan penuh polis sedang dijalankan terhadap nahas di landasan milik tentera itu.

Jurucakap polis Nihal Talduwa berkata, kemalangan berlaku apabila kereta itu terbabas keluar dari laluan perlumbaan.

Menurut saksi, nahas berlaku sejurus selepas sebuah kereta lain terbalik di landasan.

Pegawai cuba memperlahankan kereta lain di sekitar tempat kejadian dengan mengibarkan lampu kuning, tetapi ketika kereta itu meluncur laju, sebuah kereta merah terkeluar dan merempuh penonton di tepi trek yang tidak dikawal.

Rakaman yang dikongsi secara meluas di media sosial menunjukkan kesan tragedi itu dengan jeritan orang ramai bergegas ke tempat kejadian.

Lima maut di tempat kejadian, manakala dua lagu meninggal dunia di hospital, sementara mangsa lain masih kritikal.

Di media sosial, warga Sri Lanka mempersoalkan ketiadaan perlindungan yang lebih besar, mengkritik kekurangan halangan keselamatan di beberapa bahagian trek.

Acara yang dikendalikan oleh Persatuan Sukan Automobil Sri Lanka itu sudah beroperasi sejak berpuluh tahun lalu, tetapi ini adalah perlumbaan pertama dalam tempoh lima tahun berikutan sekatan wabak dan isu akibat krisis ekonomi negara.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 April 2024 @ 10:28 AM