TANGKAP layar daripada video KTVU menunjukkan bangunan yang runtuh susulan gempa bumi di Taiwan.
TANGKAP layar daripada video KTVU menunjukkan bangunan yang runtuh susulan gempa bumi di Taiwan.
AFP

Taipei: Dua bangunan di bandar Hualien di timur Taiwan runtuh selepas gempa bumi kuat pada Rabu, seorang pegawai bomba memberitahu AFP.

"Dua bangunan runtuh dan beberapa orang dipercayai terperangkap. Kami tidak mempunyai maklumat lanjut buat masa ini," kata pegawai itu.

Dalam pada itu, penerbangan tidak beroperasi di lapangan terbang utama di wilayah selatan Jepun, Okinawa, susulan amaran tsunami yang dicetuskan oleh gempa bumi di Taiwan, kata seorang pegawai kerajaan.

Operasi di Lapangan Terbang Naha digantung dari 9,25 pagi waktu tempatan sebagai langkah berjaga-jaga, kata pegawai kementerian pengangkutan yang ditempatkan di lapangan terbang itu kepada AFP.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 April 2024 @ 10:31 AM