GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Agensi

New Delhi: Bakal mempelai di India terpaksa akur apabila perkahwinan mereka dibatalkan selepas keluarga mereka bertelagah.

Peliknya, punca pergaduhan kedua-dua keluarga hanyalah disebabkan kari.

Insiden tular itu berlaku di negeri Telangana, baru-baru ini sebelum dilaporkan media tempatan termasuk Ary News.

Sebelum itu, semua urusan mas kahwin dan hidangan pada majlis itu sudah dimuktamadkan dan dipersetujui kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, pada hari majlis, keluarga pengantin lelaki tiba-tiba meminta kari yang menyebabkan keadaan kelam kabut dan mencetuskan pergaduhan sehingga polis terpaksa campur tangan.

Pengakhirannya, perkahwinan pasangan itu terpaksa dibatalkan selepas keluarga gagal berdamai.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Februari 2024 @ 3:24 PM