KREATIVITI menjadikan hidangan lebih menarik.
KREATIVITI menjadikan hidangan lebih menarik.
Oleh Faizatul Farlin Farush Khan


Roti gandum yang mempunyai tekstur lembut dimakan bersama sayur-sayuran, telur dan daging sememangnya menyelerakan. Apatah lagi kandungan kalori dan gula yang rendah berbanding roti putih, membuatkan ia sesuai dimakan oleh semua termasuk yang mementi­ngkan kesihatan.

Mission Wraps membawakan roti gandum yang dimasak nipis serta ditambah dengan pelbagai jenis rempah dan kali ini ia memperkenalkan roti berperisa kari, Mission Curry Wrap.

Roti berkenaan penuh dengan kari yang dicampur bersama tepung gandum berkualiti dan sering menjadi pilihan kerana ia mampu membungkus pelbagai jenis inti dan tidak mudah koyak.

Ia memiliki rasa kari yang unik kerana menggunakan campuran rempah-ratus Asia yang lain. Menggabungkan jintan putih, jintan manis, lada hitam, cili, daun ketumbar, kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga, roti berkenaan memberikan rasa pedas yang menggiurkan.

Ada pelbagai cara menikmati roti itu dan kreativiti seseorang menjadikan hidangan lebih menarik dan menyelerakan. Boleh dimakan setiap hari, ia boleh digabungkan bersama telur dadar ketika sarapan atau bersama daging dan ayam bagi hidangan makan tengah hari dan malam.

Menurut Pengurus Jenama Mission Foods South Asia Randall Tan, sesuai sebagai snek, roti berkenaan antara yang popular keluaran Mission Food kerana ia mampu diubah suai mengikut resipi, lembut tetapi pada masa sama, tidak mudah terkoyak serta sesuai digabungkan dengan pelbagai jenis inti.

Katanya, ia juga boleh dimakan bersama kuah atau sos serta dijadikan asas untuk piza yang nipis dan rangup. Ia boleh didapati dalam enam perasa iaitu asli, bawang putih, kentang, bawang merah dan daun kucai, gandum dan kari.

“Kari makanan kegemaran di seluruh dunia terutama di Asia, tidak kira bagaimana ia dinikmati. Di Malaysia, kari digunakan dalam masakan semua kaum, Melayu, Cina dan India, malah masakan Nyonya juga menggunakan kari.

“Diilhamkan daripada minat ramai terhadap kari, kami menghasilkan roti wrap berperisa kari yang istimewa ini dan boleh didapati di pasaran,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Julai 2015 @ 12:35 PM