KAPAL persiaran Spectrum of the Seas. FOTO fail Pusat Media Royal Caribbean
KAPAL persiaran Spectrum of the Seas. FOTO fail Pusat Media Royal Caribbean
AFP

Singapura: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mula dijalankan kelmarin selepas seorang penumpang terjatuh dari kapal persiaran dalam perjalanan ke Singapura.

Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura mengesahkan, penumpang itu terjatuh dari kapal Spectrum of the Seas di Selat Singapura.

Katanya, Pusat Penyelarasan Penyelamat Maritim mengetuai operasi SAR untuk mencari penumpang yang hilang berkenaan.

"Kru kapal berbendera Cyprus itu membantu siasatan," kata pusat itu.

Pengendali kapal itu, Royal Caribbean International berkata, anak kapal segera menggerakkan usaha mencari penumpang yang hilang itu.

"Kapal itu dilepaskan pihak berkuasa dan belayar seperti yang dijadualkan pada petang Isnin," katanya dalam satu kenyataan.

Satu jadual perjalanan menunjukkan kapal itu akan berlepas dari Singapura pada Isnin dalam pelayaran 12 malam ke Jepun.

Pengendali tidak memberikan butiran lanjut bagi menghormati privasi keluarga mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Ogos 2023 @ 10:09 AM