FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
BERNAMA

Xi'an, China: Sebelas orang terbunuh dalam insiden letupan di lombong arang batu di Daerah Yanchuan, Wilayah Shaanxi di barat laut China, pada Isnin, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan pada Selasa.

Kejadian berlaku pada 8.26 malam Isnin dan ketika itu, 90 pelombong bekerja di lombong arang batu Xintai di Kampung Hejiaya, di bandar Yan'an, Daerah Yanchuan, menurut biro pengurusan kecemasan Yan'an.

Seramai 81 pelombong berjaya menyelamatkan diri, namun dua daripadanya meninggal dunia akibat parah.

Menjelang pagi Selasa, mayat sembilan mangsa yang terperangkap telah ditemukan, menurut biro itu.

Penyelamat berkata, 11 lagi mangsa mengalami kecederaan ringan dan berada dalam keadaan stabil.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Ogos 2023 @ 7:58 AM