LOMBANG arang batu yang menyebabkan 7 orang maut. FOTO/AFP
LOMBANG arang batu yang menyebabkan 7 orang maut. FOTO/AFP
Reuters

QUETTA, Pakistan: Sekurang-kurangnya tujuh pelombong maut apabila sebuah lombong arang batu meletup di barat daya Pakistan, kata seorang pegawai perlombongan, dengan pihak berkuasa menjangkakan angka kematian akan meningkat.

Semua mayat mangsa ditemui awal pagi semalam, dengan usaha dilakukan untuk mencari enam lagi lelaki yang terperangkap di dalam lombong tetapi dikhuatiri mati.

“Letupan itu disebabkan akumulasi gas metana. Semua pelombong melakukan kerja pada kedalaman 122 meter ketika itu, kata ketua pemeriksa lombong di Baluchistan, wilayah Quetta kepada Reuters.

Kejadian letupan di lombong arang batu adalah sesuatu yang kerap berlaku di Pakistan, kebanyakan lombong di Baluchistan dan wilayah berjiran, Sindh, kurang menitik beratkan faktor keselamatan.

Pada Mei lalu, lebih 20 orang pelombong terbunuh dalam letupan di Quetta.

Pakistan mempunyai rizab arang batu yang banyak, dianggarkan lebih 184 bilion tan. Negara itu mengeluarkan 4 juta tan arang batu setiap tahun, kebanyakan digunakan industri pengeluar batu-bata.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Ogos 2018 @ 5:57 AM