TIGA pelombong maut selepas lombong arang batu di selatan Poland runtuh akibat gempa bumi. GAMBAR hiasan
TIGA pelombong maut selepas lombong arang batu di selatan Poland runtuh akibat gempa bumi. GAMBAR hiasan
AFP

WARSAW: Tiga pelombong maut, manakala enam lagi dimasukkan ke hospital selepas lombong arang batu di selatan Poland runtuh akibat gempa bumi berukuran 2.66 magnitud, semalam.

Jurucakap syarikat lombong PGG, Tomasz Glogowski berkata, pasukan penyelamat berusaha mengeluarkan mayat daripada runtuhan.

Gegaran berlaku pada tengahari ketika sembilan pelombong menggali laluan 700 meter di bawah tanah di lombong Murcki-Staszic yang terletak di bandar Katowice.

Seorang pelombong dalam keadaan kritikal dan lima lagi cedera ringan, lapor agensi berita PAP.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Julai 2019 @ 10:53 AM