SUSPEK melarikan diri selepas melakukan perbuatan itu. FOTO Agensi
SUSPEK melarikan diri selepas melakukan perbuatan itu. FOTO Agensi
Agensi

Jakarta: Berang apabila isterinya menolak berhubungan intim, lelaki di Sumetera Utara, Indonesia, tergamak mencederakan alat sulit wanita terbabit.

Suspek berusia 36 tahun, yang menetap di Padang Lawas mengoyakkan kemaluan isterinya sepanjang 10 sentimeter (sm).

Ketua Polis Daerah Barumun, Miptahuddin mengesahkan, kejadian berlaku di rumah pasangan itu di Padang Lawas, 26 April lalu.

Katanya, punca kejadian apabila mangsa memberi alasan dia menolak ajakan suami untuk melakukan hubungan intim.

Beliau berkata, si isteri dia trauma berikutan suaminya kerap menganiayanya semasa melakukan hubungan seks.

"Mangsa menolak (ajakan suami) kerana suspek suka mendera mangsa ketika melakukan hubungan intim hingga mangsa trauma.

"Selepas isterinya menolak pada kali ini, mereka bertengkar sebelum suspek bertindak di luar kawalan apabila mengoyakkan kemaluan isterinya sepanjang 10 sm dengan tangan," katanya kepada detikSumat.

Katanya, mangsa yang mengalami pendarahan dikejarkan ke hospital.

"Kecederaan dialami mangsa menyebabkan berlakunya banyak pendarahan.

"Suspek pula melarikan diri," katanya.

Kes itu kini dalam siasatan pihak berkuasa.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Mei 2023 @ 11:05 AM