Bonilla dipenjara 20 tahun. FOTO agensi
Bonilla dipenjara 20 tahun. FOTO agensi
Agensi

Florida: Akibat dendam kerana dicurangi, seorang lelaki di Amerika Syarikat nekad mengerat kemaluan kekasih isterinya.

Dalam kejadian yang berlaku di Gilchrist County dua tahun lalu, Alex Bonilla (gambar), 51, menyerang kekasih isterinya sebelum memotong kemaluan lelaki itu sampai putus dengan menggunakan gunting.

Dia turut menyimpan kemaluan itu di rumahnya.

Akibatnya, Bonilla dijatuhi hukuman 20 tahun penjara selepas mengaku bersalah atas serangan kejam itu.

Bonilla juga dikenakan bayaran ganti rugi AS$250,000 (RM1.01 juta).

Sementara itu menurut mangsa, akibat kejadian itu, dia tidak mampu melakukan hubungan intim seumur hidupnya.

Katanya, ketika kejadian Bonilla datang ke rumahnya dan mengikat tangannya ke belakang pada sebuah kerusi sebelum memotong kemaluannya dengan gunting.

"Dia kata saya tidak akan mati, tetapi kejadian itu akan diingati sepanjang hidup saya.

"Akibat kejadian itu, saya mempunyai masalah membuang air kecil dan hilang deria seksual," katanya dalam Daily Star.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Mac 2021 @ 6:40 AM