PESAWAT Bangkok Airways. GAMBAR Twitter.
PESAWAT Bangkok Airways. GAMBAR Twitter.
Agensi

Bangkok: Syarikat penerbangan serantau Bangkok Airways yang berpangkalan di Thailand mengumumkan penggantungan sementara dua laluan popularnya sehingga diberitahu kelak.

Bangkok Airways menggantung semua penerbangan di laluan domestik Bangkok-Hat Yai pada 1 Mac 2023.

Laluan antarabangsa Bangkok-Da Nang, di Vietnam turut digantung mulai 1 Mei 2023.

Syarikat penerbangan itu tidak mendedahkan sebab penggantungan sementara dua laluan popular itu tanpa tarikh ditetapkan kembali beroperasi.

Penumpang yang sudah membeli tiket di laluan yang dinyatakan di atas melebihi tarikh penggantungan mempunyai tiga pilihan iaitu meminta bayaran balik sebagai 'Baucar Perjalanan' untuk digunakan pada penerbangan lain oleh syarikat penerbangan melalui www.bangkokair.com/travel-voucher

atau meminta bayaran balik wang penuh melalui https://www.bangkokair.com/managing-my-booking.

Selain itu, penumpang juga boleh menyusun semula penerbangan pada syarikat penerbangan lainngkok Airways terbang ke destinasi domestik seperti Chiang Mai, Krabi, Lampang, Phuket, Pattaya, Samui, Trat dan Sukhothai.

Syarikat penerbangan itu juga menyediakan penerbangan antarabangsa ke Phu Quoc di Vietnam, Hong Kong, Luang Prabang di Laos, Mumbai di India, Phnom Phen, Siam Reap di Kemboja dan Yangon di Myanmar dan mungkin ke Maldives.

Syarikat penerbangan serantau lain menambah laluan dan meningkatkan kekerapan penerbangan pada laluan sedia ada untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada industri pelancongan yang semakin pulih.

Pada 1 Februari, Qatar Airways melancarkan tiga penerbangan harian antara Doha dan Phuket di selatan Thailand, menjadikan bilangan perkhidmatan syarikat penerbangan itu ke Thailand sehingga tujuh penerbangan sehari termasuk empat penerbangan ke dan dari Bangkok.

Dua minggu lalu, China Airlines yang berpangkalan di Taiwan memulakan penerbangan tanpa henti antara Chiang Mai di utara Thailand ke Taiwan.

Sejak China membuka sempadannya, lima syarikat penerbangan melancarkan penerbangan terus antara Phuket di selatan Thailand dan tanah besar.

Perkhidmatan ini akan menghubungkan Phuket ke Shanghai, Nanjing dan Chengdu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Februari 2023 @ 1:14 PM