ORANG ramai mengamalkan penjarakan sosial di pusat beli belah di Bangkok pada 20 Mac 2020. FOTO AFP
ORANG ramai mengamalkan penjarakan sosial di pusat beli belah di Bangkok pada 20 Mac 2020. FOTO AFP
Reuters

Bangkok: Kerajaan Thailand mengarahkan pusat beli-belah di Bangkok ditutup mulai esok sehingga 12 April ini.

Penutupan 22 hari itu selepas negara itu merekodkan jumlah jangkitan tertinggi dalam satu hari.

Gabenor Bangkok Aswin Kwanmuang berkata, langkah itu bagi mengelak penularan wabak berkenaan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa hanya kedai tertentu di dalam pusat beli-belah yang menjual makanan dan barangan keperluan dibenar beroperasi.

Dalam pada itu, arahan penutupan turut meliputi stadium tinju, salun kecantikan dan arked beli-belah.

Selain itu, sekolah juga ditutup untuk 22 hari lagi.

Syarikat penerbangan tambang murah, Thai AirAsia juga sudah menggantung penerbangan bagi laluan antarabangsa.

Lion Air pula menggantung penerbangan domestik dan antarabangsa untuk tempoh 25 Mac dan 30 April.

Setakat ini, Thailand merekodkan 411 kes Covid-19, dengan satu kematian.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mac 2020 @ 6:07 PM