ANTARA ahli keluarga mangsa nahas bas di Chiang Mai, Thailand. FOTO Mohd Fadli Hamzah
ANTARA ahli keluarga mangsa nahas bas di Chiang Mai, Thailand. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Oleh Mohd Husni Mohd Noor


Sepang: Seramai 15 ahli keluarga mangsa nahas bas persiaran di Chiang Mai, Thailand tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Batu Pahat, kira-kira 10.30 pagi tadi.

Mereka dijangka berlepas ke Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok dengan menaiki pesawat Thai Airways pada 1.05 petang.

Kesemua waris berkenaan akan ditemani empat kakitangan Chiu Travel Sdn Bhd, iaitu syarikat agensi pelancongan yang mengendalikan perjalanan mangsa di Thailand.

Seorang daripada ahli keluarga mangs yang enggan dikenali berkata, sebaik tiba di Bangkok, dia dan ahli keluarga lain akan dibawa ke hospital di Chiang Mai bagi proses pengecaman dan pengurusan bawa pulang mayat.

"Saya ke sana bagi urusan mengenal pasti mayat adik ipar saya, Ker Ah Hwee, 55," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Disember 2015 @ 12:08 PM