GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
AFP

Chapra, India: Sekurang-kurangnya 37 terbunuh selepas minum alkohol beracun di negeri selatan India, Bihar di mana pengambilan minuman keras adalah dilarang.

Laporan tidak rasmi mengatakan bahawa jumlah kematian melebihi 60.

Keluarga mangsa dalam tragedi terbaharu itu berkata, orang ramai dari beberapa kampung meminum minuman tempatan yang dikenali sebagai "Mahua" atau "Desi Daru" pada Isnin pada majlis perkahwinan dan acara lain.

Ramai kemudiannya mengadu sakit perut dan kehilangan penglihatan dan mula muntah.

Menjelang Khamis lebih 20 orang mati dan pada Sabtu jumlah mangsa semakin bertambah dan kini berada di hospital dalam keadaan kritikal.

"Lebih 24 orang telah kehilangan nyawa dalam tempoh 48 jam yang lalu," seorang pegawai polis memberitahu AFP, mengatakan bahawa 37 orang telah meninggal dunia setakat ini.

Dia tidak dapat mengesahkan laporan media tempatan bahawa 62 telah meninggal dunia.

Polis telah menahan lebih 100 orang berhubung pengilangan dan penjualan minuman keras secara haram sejak tiga hari lalu, manakala 600 liter arak telah dirampas.

Pihak berkuasa tempatan telah menyuarakan penggunaan dron, helikopter dan bot bermotor untuk membanteras pasaran gelap, tetapi insiden terbaru ini adalah rentetan kes maut yang sama sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Disember 2022 @ 4:24 PM