Orang ramai melihat pengarah sebuah sekolah dibelasah.
Orang ramai melihat pengarah sebuah sekolah dibelasah.
Kenderaan yang dibakar perusuh.
Kenderaan yang dibakar perusuh.

Patna (India): Polis sedang menyiasat kematian seorang pengarah sebuah sekolah di utara India akibat dibelasah orang ramai yang merusuh selepas dua pelajar sekolah itu ditemui mati.

Pengarah sekolah persendirian itu, Devendra Prasad Sinha dibelasah dan dipukul dengan kayu oleh sekumpulan lelaki di daerah Nalanda, negeri Bihar. Ahad lalu, selepas mayat dua pelajar ditemui dalam terusan.

Penduduk menuduh guru sekolah berkenaan bertanggungjawab terhadap kematian mereka.

Superintendan polis Siddhartha Kumar Jain berkata hari ini, pelajar itu hilang dari sekolah sehari sebelum mayat mereka ditemui dan bedah siasat mendapat i mereka mati akibat lemas.

Stesen televisyen tempatan menunjukkan rakaman mangsa yang terbaring mengerang di atas tanah dipukul dengan kayu sambil diperhatikan ramai penduduk. Ada penyerang memijak dada dan perut. Mangsa mati di hospital pada sebelah malam.

Apabila polis tiba, mereka dilontar dengan batu oleh penduduk menyebabkan enam polis cedera. Seorang pegawai polis digantung kerja kerana gagal menghalang serangan itu.

Perusuh juga membakar dua kenderaan serta dua bilik darjah di sekolah berkenaan. - BBC

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Jun 2015 @ 8:44 PM