PENDUDUK berkumpul di hadapan Hospital Mai Kaen di Patani.  FOTO Agensi/Abdullah Benjakat
PENDUDUK berkumpul di hadapan Hospital Mai Kaen di Patani. FOTO Agensi/Abdullah Benjakat
Agensi

Pattani: Dua sukarelawan pertahanan cedera akibat letupan bom buatan sendiri ketika sedang bertugas melakukan kawalan keselamatan untuk guru di daerah Mai Kaen pagi Selasa, kata polis.

Bangkokpost melaporkan, mereka adalah antara enam anggota dari tambon Mai Kaen yang meronda dengan tiga motosikal di sepanjang jalan luar bandar berhampiran Ban Krachut di tambon Mai Kaen.

Mereka menyediakan kawalan keselamatan untuk guru yang ingin ke Sekolah Ban Krachut.

Bom itu disembunyikan di tepi jalan dan diletupkan ketika mereka melalui.

Dua anggota peronda yang cedera ialah Chamroen Lekphet dan Asrof Ma-ing.

Mereka dimasukkan ke Hospital Mai Kaen.

Polis menyalahkan pemberontak tempatan atas insiden itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Ogos 2022 @ 2:32 PM