JATUPAT disambut gembira oleh keluarganya selepas dia meninggalkan penjara wilayah Khon Kaen. FOTO Agensi
JATUPAT disambut gembira oleh keluarganya selepas dia meninggalkan penjara wilayah Khon Kaen. FOTO Agensi
AFP

BANGKOK: Seorang aktivis anti-junta Thailand yang dipenjarakan lebih dua tahun kerana menghina monarki negara itu menerusi perkongsian artikel BBC, hari ini dibebaskan selepas menerima pengampunan diraja.

Jatupat “Pai Dao Din” Boonpatararaksa, 27, disambut gembira oleh ratusan rakan dan keluarganya selepas dia meninggalkan penjara wilayah Khon Kaen.

“Saya tidak marah kepada sesiapa, saya cintakan demokrasi dan kebebasan,” katanya menerusi siaran video di Facebook, sambil menambah akan meneruskan perjuangannya.

Pengampunan itu diterima beberapa hari selepas Raja Maha Vajiralongkorn ditabalkan, yang pertama diadakan selepas 69 tahun.

Thailand mempunyai undang-undang berkaitan penghinaan diraja, dikenali sebagai ‘lese-majeste’ iaitu undang-undang yang digunapakai untuk seluruh dunia dan membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun.

Jatupat didapati bersalah selepas berkongsi profil Raja Maha Vajiralongkorn yang ditulis BBC dalam bahasa Thai di London.

Profil itu mengandungi butiran kehidupan peribadi Vajiralongkorn, 66, yang terkenal di dalam kerajaan tetapi jarang digembar-gembur akhbar Thailand.

Profil berkenaan menerima lebih 2,000 perkongsian tetapi hanya Jatupat seorang didakwa.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Mei 2019 @ 3:18 PM