GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Agensi

Bangkok: Thailand merekodkan satu kes import dari Jepun, namun tiada penularan tempatan dilaporkan, kata Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) pada Ahad.

Menurut pusat itu, pesakit terbaru adalah pegawai gaji berusia 39 tahun yang kembali dari Jepun Selasa lalu, dan menjalani kuarantin di sebuah lokasi di Bangkok.

Bangkokpost melaporkan, lelaki berkenaan menjalani ujian novel koronavirus pada Jumaat, walaupun tidak menunjukkan sebarang gejala.

Kes terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu sebanyak 3,217, dan kematian kekal lima kes.

Negara itu tidak mempunyai kes penularan tempatan selama 48 hari berturut-turut.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2020 @ 4:12 PM