TIANG elektrik yang tumbang selepas diserang. FOTO Agensi
TIANG elektrik yang tumbang selepas diserang. FOTO Agensi
Agensi

Narathiwat: Kumpulan penyerang bertindak mengebom tujuh tiang elektrik dan menaburkan paku di atas jalan raya sebelum menyerang balai polis Marin dengan bom dan senjata automatik di Tak Bai, malam Rabu lalu.

Bangkokpost melaporkan, letupan itu menyebabkan tiang elektrik itu tumbang di jalan Tabapoyoh-Hua Khlong sehingga menghalang lalu lintas.

Ia turut menyebabkan bekalan elektrik terputus di Praiwan, Jeh Hay dan Hua Khlong.

Selain itu, penyerang turut menabur paku menyebabkan banyak kenderaan rosak.

Pihak berkuasa menutup laluan itu kepada semua kenderaan supaya kerja pembersihan dapat dilakukan.

Bekalan elektrik kembali pulih selepas jam 1 pagi Khamis.

Dalam serangan bermula 9.35 malam (waktu tempatan) itu, tiga anggota keselamatan cedera selepas diserang dengan individu bersenjata api dan bom tangan.

Difahamkan, kira-kira enam penyerang membaling bom ke arah balai berkenaan dan melepaskan tembakan dengan raifal automatik.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mei 2022 @ 10:26 AM