LELAKI berkenaan (duduk) terpaksa dikejarkan ke Hospital Pattaya untuk rawatan kecemasan. FOTO Bangkok Post
LELAKI berkenaan (duduk) terpaksa dikejarkan ke Hospital Pattaya untuk rawatan kecemasan. FOTO Bangkok Post
Agensi

Bangkok: Seorang lelaki dikejarkan ke Hospital Pattaya untuk rawatan kecemasan kerana kesukaran bernafas selepas menghisap ganja di pantai Pattaya, lewat malam Sabtu, kata polis.

Portal Bangkok Post melaporkan, polis hanya mengenal pasti lelaki berkenaan sebagai Seksan, 29, dari wilayah Prachin Buri.

Seksan memberitahu polis, dia sebelum ini menghisap ganja hanya sekali beberapa tahun lalu dan tidak pernah terfikir untuk menggunakannya lagi.

Tetapi selepas ganja dikeluarkan daripada senarai narkotik dan boleh digunakan secara meluas di Thailand, dia mahu mencubanya sekali lagi.

Ketika kejadian, dia berjaya mendapatkan dadah itu dan menghisapnya semasa berada di pantai.

Lelaki itu berkata, dia kemudian menjadi mabuk dan mengalami kesukaran bernafas.

Dia menjerit meminta tolong dan seseorang menghubungi polis yang membawanya ke hospital kira-kira 10 minit selepas tengah malam.

Seksan dimasukkan ke Hospital Bandaraya Pattaya dan masih diawasi oleh doktor.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Julai 2022 @ 6:00 AM