FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
BERNAMA

Bangkok: Sekawanan kira-kira 60 ekor gajah liar dilaporkan keluar dari hutan di wilayah Chachoengsao, timur Bangkok, untuk mencari makanan di wilayah jiran Prachin Buri.

Santuari Hidupan Liar Khao Ang Rue Nai di Chachoengsao memberi amaran kepada penduduk kampung di Prachin Buri supaya berhati-hati dengan gajah yang berkeliaran di kawasan mereka.

Bangkok Post melaporkan kira-kira 40 ekor gajah dilihat berkeliaran di sebuah kampung manakala 20 lagi dilihat berhampiran ladang tebu di daerah Kabin Buri di Prachin Buri.

Sementara itu, dua wanita dilaporkan cedera selepas kenderaan pacuan empat roda mereka dirempuh seekor gajah di wilayah Kanchanaburi pada Ahad.

Bagaimanapun, pemandunya terselamat dalam kejadian di Jalan No 3199, berhampiran sebuah kampung di Daerah Wang Dong Muang, Kanchanburi pada 7.40 pagi (waktu tempatan).

Ketua Pusat Perlindungan Hidupan Liar Salak Phra, Paitoon Indharabut berkata, kedua-dua wanita itu dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 January 2022 @ 5:25 PM