Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia yang tiba di Makkah diberi kurma sebagai alu-aluan ketibaan. - Foto SAFAR AHMAD
Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia yang tiba di Makkah diberi kurma sebagai alu-aluan ketibaan. - Foto SAFAR AHMAD
Safar Ahmad for Ilaa Arafah


Makkah: Seramai 442 kumpulan pertama jemaah Malaysia yang tiba dengan penerbangan KT01 mula memasuki Makkah semalam.

Mereka yang bertolak dari Madinah, tiba di Hotel Abraj Al Janadriyah di sini, yang turut menempatkan ibu pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) Makkah kira-kira jam 4 petang dalam keadaan berihram.

Rombongan disambut Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Timbalannya Nurrinanuwar Shamsuddin dan Konsul Haji Malaysia di Jeddah Datuk Redhuan Sabaruddin.

Jemaah disambut dengan pemberian sebutir kurma sebagai simbolik alu-aluan selamat datang serta cenderahati berbentuk tasbih selain gelang tanda pengenalan.

Syed Saleh berkata, sebagai wakil TH, beliau mengalu-alukan kedatangan rombongan jemaah, malah jemaah haji Malaysia adalah kumpulan pertama dari Asia Tenggara yang tiba di Makkah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Ogos 2016 @ 10:22 PM